Posts

Showing posts with the label indochina

Mari Berjalan!

Image
If there is one thing that I love about travelling with my husband, it has got to be the itinerary-free holiday. That means we will go to one or two must-visit spots and the rest of the holiday is about chilling, spending time at the poolside, road side cafes and shopping.  Kalau penat, balik bilik and tidur. Lepas tu keluar balik.  I know a lot of people will say what a waste of money when you don't try to see as much as you can when you travel, tapi travel satu harinon stop is just not my thing.  It's my husband's thing tho; I'm really thankful that Allah sent me a very patient husband who does not mind layan bini yang mengada-ngada macam aku. And thanks for Air Asia too, now everyone can fly. Bila la boleh visit US lagi sekali...

Air Asia Team Lotus

Image
" Bie cuba tengok flight tu? " Kawan tanya kat Ajan sambil tunjuk ke kapal terbang depan kami semasa kami sedang menunggu pernerbangan ke KL dari Tan Son Nhat Airport , Ho Chi Minh tempoh hari. " Naza dah ada kapal terbang ke? " Jawab Ajan spontan. Comel lah isteri kawan ni. Tapi memang bukan silap dia, memang ada logo Naza besar kat tepi kapal terbang tu. Bukan Naza saja, logo Proton, Maxis, CNN, Tune pun ada sekali di sisi kapal terbang bewarna hijau kuning ini. " Kali ni kita balik KL naik Lotus " senyum kawan pada Ajan. Lotus touch down di HCMC Airport Masuk saja dalam kapal terbang Air Asia terasa seperti dalam motorhome Team Lotus . Semuanya bertema Lotus. Kerusi warna hijau dan hot seat pula warna kuning. Tali pinggang pun warna kuning! Kawan harap-harap juga flight attendant ber outfit seperti gadis litar , tapi mungkin suhu dalam flight tu terlalu sejuk untuk itu berlaku... Untuk jalan-jalan kali ini, kawan boleh kata yang kami pul...

Poskad : Ho Chi Minh

Image
Poskad ni kawan beli di Bến Thành Market (bawah ni gambar salah satu pintu masuk ke pasar tu). Pada hari pertama di HCMC, kami berjalan-jalan di sekitar bandar hingga ke Saigon Central Post Office . Cantik senibina klassik pejabat pos ni. Kawan rasa pejabat pos paling cantik pernah kawan lihat.

Poskad : Floating Market

Image
Kami pun tertipu dengan kecantikan Floating Market yang selalu digambarkan seperti gambar dibawah. Realitinya , indah kabar dari rupa.

Poskad : Bangkok

Image
Poskad dari destinasi kedua kami di Bangkok. Poskad ni dikirimkan dari Suvarnabhumi Airport. Kebanyakan lapangan terbang utama ada mempunyai pejabat pos sendiri. Kalau sepanjang berjalan-jalan tak sempat nak hantar poskad, boleh cuba alternatif terakhir ini.

Poskad : Krabi

Image
Trip kali ni kami dapat kirim poskad di setiap destinasi yang kami singgah. Bermula dengan Krabi.

8-7-6-5-4-3-2-1 Indochina

Image
8 hari, 7 malam, 6 passport stamp, 5 penerbangan, 4 penginapan, 3 travellers, 2 negara, 1 pengembaraan. What a number ! Kami baru pulang dari pengembaraan kami ke Indochina. Pada mulanya kami rancang akan melawat 3 negara, tetapi pada saat-saat akhir terpaksa lupakan hasrat untuk ke Myanmar. Jadi untuk kali ini, kami hanya sempat ke Thailand dan Vietnam sahaja. Plan asal, kami terbang dari KL ke Bangkok, dan keesokkan harinya ke Yangoon. Selepas dua malam di Yangoon kami pulang semula dan menginap lagi dua malam di Bangkok. Selepas itu kami berlepas ke Ho Chi Minh (HCMC) dan kembali semula ke KL dua malam kemudiannya. Itu plan asal. Namun dua hari sebelum ke Bangkok, Air Asia membatalkan penerbangan kami ke Yangoon. Pada masa itu kami belum lagi mendapatkan Visa ke Myanmar. ( Kawan akan ceritakan percubaan kawan untuk mendapatkan Visa Myanmar di lain hari , satu lagi pengalaman yang menarik ). Tiada tiket dan tiada Visa, jadi kami ambil keputusan untuk ke Krabi. KL-Bangkok-Krabi-B...

City of Angels, End of Strife & Saigon

Image
City of Angels, End of Strife & Saigon Bangkok, Yangoon dan Ho Chi Minh City, ini destinasi jalan-jalan terbaru kami. Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, kawan sekeluarga akan cuti-cuti Indochina dalam masa terdekat ini. Dalam perancangannya kami akan terbang dari KL ke Bangkok, kemudian ke Yangoon dan destinasi akhir di HCMC sebelum kembali ke KL. Kawan sekarang ni sedang study pasal trip ni. Jadi kalau ada cadangan lokasi mana mesti kami lawat, hotel mana mesti kami singgah, restoran mana mesti kami cuba atau sebarang tips, silalah kongsikan di sini. Menarik nak dengar cerita you all semua... foto dari sini , sini dan sini