Plan Reno
Kalau sebelum ni di Dua, kawan ada buat major renovation terutamanya untuk luaskan dapur , untuk rumah kali ni cuma sedikit sahaja. Reno pun cuma libatkan bahagian dalaman. Secara keseluruhannya, kawan dan Ajan rasa rumah ni dah cukup sempurna untuk kami, cuma perlu touch up sedikit sahaja. Kali ni kawan gunakan kontraktor yang sama masa ubah suai Dua dulu. Kontraktor ni boleh dipercayai dan yang penting, murah! Kalau ada sesiapa yang berminat nak gunakan khidmat dia, nanti boleh kawan kongsikan. Secara amnya, reno ni hanya melibatkan, tiles , lampu downlight dan bumbung sahaja. Bahagian yang terlibat ialah di dapur, bilik mandi, ruang tamu dan yard . Terima kasih Photoshop , kawan dah lakarkan gambaran reno untuk dikongsikan di sini. Seperti yang kawan katakan sebelum ni, tiles dapur kami sama dengan tiles di bilik air, dan kami tidak gemarkannya. Cadangan kami untuk memecahkan semua tiles di empat dinding di dapur, gantikan dengan plaster simen di tiga dinding dan satu dindi...