House Tour : Bilik Beradu di Tingkat Satu

Tingkat atas rumah kami secara ringkasnya ada tiga bilik tidur, dua bilik air, dua balkoni dan satu ruang lapang. Tingkat atas rumah ni lebih konvensional seperti kebanyakan rumah-rumah di Malaysia ni. Kawan bertuah sebab keseluruhan tingkat atas (kecuali bilik air) berlantaikan laminated flooring. Memang lantai ni datang asal dari developer rumah ni dulu.
Plan tingkat atas
Bilik tidur utama rumah ni kawan rasa sudah cukup selesa untuk kawan dan Ajan. Ruang bilik tidur ini agak luas, muat untuk letak katil saiz king dan masih ada ruang yang luas di sekelilingnya.
Bilik tidur kami!
Di antara bilik tidur dan bilik air, ada satu ruang untuk wardrobe. Ruang ni agak janggal kerana terdapat satu tingkap kecil betul-betul di hadapan bilik air, mungkin arkitek ni dulu mahukan pemilik rumah melihat permandangan luar sebaik sahaja keluar bilik air. Kawan berpendapat, kalau tingkap ni tiada, boleh juga buat kabinet wardrobe di seluruh dinding.
Pintu masuk sebelah kiri, bilik air dan wardrob di tengah, pintu balkoni di kanan
Semasa proses mencari rumah tempoh hari, kawan cuba dapatkan bilik air yang cukup panjang untuk kawan pasang kaunter sinki. Kali ni kawan dapat apa yang dihajati. Kawan suka susun atur bilik air ni, namun kawan tak berapa gemarkan tiles dinding dan lantai bilik air ni. Kawan rasa selain dari tiles dapur, tiles bilik air ni pun akan ditukar sekali.
yay: kaunter sinki , nay: tiles

Bilik tidur kami dan lagi dua bilik tidur dipisahkan oleh ruang lapang. Kalau perasan, dekat siling sebelah kipas tu ditampal kertas putih A4, tuan rumah malas nak ganti lampu yang dah terjatuh. Kawan rasa, susunan lampu di ruang ni agak tak efektif, dan perlu disusun semula. Buat masa ini cuma ada satu saja lampu dan bila malam ruang ni agak gelap.
Kertas A4 di siling

Dua lagi bilik di atas ni agak sama saiz dan hampir serupa. Yang bezanya satu bilik ada 2 tingkap dan satu lagi ada satu sahaja tingkap. Bilik yang bertingkap dua juga ada laluan terus ke bilik air. Kimi dah book bilik 2 tingkap ni untuk dia. Bertuah anak sulung, semua boleh pilih dulu.
Bilik Kimi, ada dua tingkap dan laluan terus ke bilik air.
Satu lagi bilik 
Ok, kawan dan tunjukkan ruang dalam rumah ni, atas dan bawah. Kawan dan Ajan ada seribu satu plan untuk rumah kami, dari dapur, bilik tidur, perabut hinggalah ke laman luar. Kami sekali lagi berharap ia tak hangat-hangat tahi ayam saja. Lepas ni kawan kongsikan plan untuk mini renovation rumah ni.

House Tour : Depan dan Bawah

Dua hari bercuti, harap pagi ini kita semua dah segar dan bersedia untuk bekerja. Bagi kami cuti dua hari ni kami habiskan masa dengan mengemas dan membasuh rumah. Tapi sebelum tu kawan nak kongsikan dulu gambar pandangan hadapan dan aras bawah rumah kami.

'Muka' rumah kami
Kalau nak bandingkan lukisan artis dengan rumah sebenar, kawan lagi suka dengan rupa yang sebenar. Bagi kawan, gambar lukisan  tersebut menampakkan rumah dengan gaya tropikal manakala rumah yang sebenar nampak lebih kotemporari. Mungkin warna dan tekstur memainkan peranan. 

Dari pandangan hadapan, boleh dilihat ruang letak kereta yang hanya muat untuk sebuah kereta saja. Nasib baik kereta kawan dan Ajan kecik molek, kalau besar sikit lagi, cuma separuh kereta saja yang muat.

Macam yang kawan katakan dalam post sebelum ni, layout arasbawah rumah ni agak pelik dengan dapur di bahagian depan. Pada gambar di atas, sebelah kiri tu adalah yard yang bersambung dengan dapur.

Plan lantai tingkat bawah
Yard ni hanya separuh berbumbung. Kawan bercadang untuk menyambung bumbung hingga ke hujung bagi membolehkan kami menjadikan ia bilik laundry. Dapur dan yard ini disambung dengan bilik kecil, bakal pantri Ajan.

Yard dan pantri dari dapur
Dapur rumah ni agak panjang, tapi tidak berapa lebar. Maka terbantut hajat Ajan nak ada pulau dalam dapur. Yang menariknya, banyak cahaya semulajadi dari tingkap yang agak lebar membuatkan dapur ni nampak lebih besar dari saiz asalnya. Dapur ni berkemasan tiles di semua empat dinding, kawan tak berapa gemar ciri begini sebab tak membolehkan dinding dicat. Tiles ni merupakan perkara pertama yang akan kawan tukar bila kami buat ubah suai nanti.

Nampak tak lalang yang dah lebih tinggi dari tingkap?
Rumah ni tiada ruang makan yang tersendiri, ruang makan dan ruang tamu berkongsi di bahagian tengah-tengah rumah yang agak lapang dan luas. Yang menarik, dari ruang ini dapat dilihat kehijauan pandangan luar rumah tanpa sebarang halangan.

Where's Kimi?
Ruang tengah rumah ini akan jadi ruang utama untuk pelbagai aktiviti keluarga kecil kami. Selain dapur, ruang ini ada akses terus ke anjung tepi dan belakang, bilik tidur/stadi, bilik air, stor dan semestinya tangga ke aras atas. Dalam post seterusnya kawan akan tunjukkan ruang di aras atas termasuk bilik tidur utama.

Kawan dan Ajan ada seribu satu idea untuk aras bawah ini, tak tahu mana satu nak mula dahulu. Kami ada perasaan yang kuat, ruang dapur merupakan ruang pertama yang akan dimake-over. We'll see, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah la..

Tumpang Glamor Awan Nano Because My Brother is in the MV

Yes, the title says it all.

Nak tumpang glamor awan nano nano because my little brother appeared in the offcial MV yo! The only reason I even knew of the song is because of my brother whom immediately after the MV was released, gathered us all in front of his PC and proudly showed us the MV. 

And mak memang proud habis. Padahal jadi budak jahat pegang kucing je pun. 

Oh yeah lupa. My brothaahh is one of the three budak jahat, the one holding the cat, to be specific. 

Ach also made an appearance in the last picture. In the form of a black t-shirt. 


Anywayyys, okay I have to admit that Awan Nano is a nice song and I was rooting for it to win, eventhough I was secretly hoping that Abang Pejal would win. Just because he is Abang Pejal.

But I was happy that Hafiz and M Nasir won, because i think they deserve it.

Insatiable

This has got to be the sexiest song of all time.
p.s: Sorry for a star-struck post like this. Can't help it.  

When moonlight crawls along the street
Chasing away the summer heat
Footsteps outside somewhere below
The world revolves I let it go

We build our church above this street
We practice love between these sheets
The candy sweetness scent of you
It bathes my skin I'm stained by you

And all I have to do is hold you
There's a racing in my heart
I am barely touching you
The moonlight plays upon your skin
A kiss that lingers takes me in
I fall asleep inside of you

There are no words
There's only truth
Breathe in Breathe out
There is no sound

We move together up and down
We levitate our bodies soar
Our feet don't even touch the floor

And nobody knows you like I do
The world doesn't understand
But I grow stronger in your hands

We never sleep we're always holdin' hands
Kissin' for hours talkin' makin' plans
I feel like a better man
Just being in the same room

We never sleep there's just so much to do
Too much to say
Can't close my eyes when I'm with you
Insatiable the way I'm loving you
Turn the lights down low
Take it off
Let me show
My love for you
Insatiable

Turn me on
Never stop
want to taste every drop
My love for you
Insatiable

source


Perancang Lantai

Terima kasih Perancang Lantai atau Floor Planner (floorplanner.com), kawan dapat salurkan geeky skill kawan sebagai seorang arkitek yang terpendam sejak sekian lama (sebelum amik IT masa di Uni dulu, kawan bercita-cita nak jadi arkitek). Joke aside, Floor Planner ni memang senang diguna untuk lukis plan rumah.

Dalam post kali ni, kawan nak kongsikan layout rumah baru kami. Secara ringkas nya rumah kami ada dua tingkat, sama macam kebanyakan rumah di Malaysia, bilik tidur di atas, dapur dan ruang tamu di bawah.

Pelan Lantai oleh Floorplanner.com
Di aras bawah rumah ini ada dapur, ruang tamu (dan ruang makan), bilik air, dua bilik kecil, stor, yard, dua anjung dan porch yang boleh memuatkan satu kereta. Semua orang yang pertama kali pergi melihat pasti akan pelik dengan dapur yang terletak di depan, termasuklah kami. Kami harap dapat adjust dengan lokasi dapur ni. Dapur ni bersambung dengan bilik kecil (Ajan nak jadikan bilik ini pantri) dan juga yard (akan dijadikan bilik laundry). Common area utama aras bawah ni agak besar dah muat untuk ruang tamu dan ruang makan. Di bawah juga ada lagi satu lagi bilik, buat masa ni kami belum putuskan kegunaan bilik ni, mungkin besar akan jadi bilik tetamu cum bilik studi.

Di atas pulak ada bilik tidur tuan besar (master bedroom :p) beserta bilik air dan kawasan untuk wardrobe. Dalam bilik ni juga ada balkoni menghadap belakang rumah. Ada satu lagi bilik air di atas yang bersambung dengan common area dan bilik tidur (Kimi kata itu bilik dia, kawan pun iyekan saja). Ada lagi satu bilik di atas, empat segi dan tiada sambungan ke bilik air. Common area di atas juga ada balkoni yang menghadap tepi rumah.


Finally, gambar rumah kami! Gambar ni kawan ambil enam bulan lalu, masa pertama kali melawat rumah ni, masa ambil rumah ni tak terfikir pun ia akan jadi rumah kami, tapi Alhamdullilah, kita merancang tuhan yang menentukan. View ni pandangan belakang rumah kami, nanti dalam post akan datang kawan kongsikan lebih gambar dalam dan hadapan rumah ni.

 

Copyright © 2010 aChieaJanie All rights reserved.