Wrapping Mama! - Part IV: Crotch Carrier yang Tidak Ergonomik
Penggendong Ergonomik Penggendong Celah Kangkang ni nama glamor dia crotch carrier . Memang famous penggendong jenis ini, antara sebab ia famous di Malaysia adalah ia agak murah, senang didapati di dan juga kerana ia selalunya digunakan oleh ibu bapa yang memilih untuk menggendong anak secara memandang kehadapan ( front facing). Ergonomik tu maksud dia: "The scientific study of equipment design, as in office furniture or transportation seating, for the purpose of improving efficiency, comfort, or safety" - Dictionary.com / bertujuan untuk memberi keselesaan optimum dan untuk mengelakkan tekanan atau kecederaan - Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam konteks penggendong bayi, ergonomik bagi saya bermaksud penggendong yang memberi keselesaan dan selamat bagi kedua-dua penggendong dan yang digendong. Antara cara untuk mencapai ciri-ciri penggendong yang ergonomik termasuk: kedudukan punggung bayi adalah lebih rendah daripada lutut bayi, kalau ...