House Tour : Bilik Beradu di Tingkat Satu
Tingkat atas rumah kami secara ringkasnya ada tiga bilik tidur, dua bilik air, dua balkoni dan satu ruang lapang. Tingkat atas rumah ni lebih konvensional seperti kebanyakan rumah-rumah di Malaysia ni. Kawan bertuah sebab keseluruhan tingkat atas (kecuali bilik air) berlantaikan laminated flooring . Memang lantai ni datang asal dari developer rumah ni dulu. Plan tingkat atas Bilik tidur utama rumah ni kawan rasa sudah cukup selesa untuk kawan dan Ajan. Ruang bilik tidur ini agak luas, muat untuk letak katil saiz king dan masih ada ruang yang luas di sekelilingnya. Bilik tidur kami! Di antara bilik tidur dan bilik air, ada satu ruang untuk wardrobe . Ruang ni agak janggal kerana terdapat satu tingkap kecil betul-betul di hadapan bilik air, mungkin arkitek ni dulu mahukan pemilik rumah melihat permandangan luar sebaik sahaja keluar bilik air. Kawan berpendapat, kalau tingkap ni tiada, boleh juga buat kabinet wardrobe di seluruh dinding. Pintu masuk sebelah kiri, bilik air ...