Akhirnya setelah beberapa minggu proses reno oleh kontraktor, rumah kami dah 'siap' untuk didiami. Kawan letak ' quote ' sebab rumah ni belum 100% siap lagi. Cuma reno asas sahaja yang dah siap. Kami dah putuskan untuk menggunakan khidmat kontraktor untuk kerja-kerja asas yang melibatkan simen, tiles, elektrik dan bumbung. Kalau ikutkan hati memang semua ni nak dibuat sendiri sebab nak jimatkan kos, tapi kawan tak berkemahiran dan tambahan pulak kerja-kerja melibatkan elektrik perlu orang yang mahir, kalau silap langkah, boleh jadi lintar-pintas dan menyebabkan kemalangan yang lebih teruk. Nak berjimat beberapa ringgit punya pasal, lain pula yang jadinya nanti. Oleh itu, untuk kerja-kerja asas dan memerlukan kemahiran, kami gunakan kontraktor. Alhamdulillah, semua kerja-kerja tu dah selesai. Kalau menggunakan kontraktor ni selalunya bajet awal akan lari jauh dengan kos sebenar, seperti mana yang kami lalui masa reno dapur di rumah dulu. Kali ni kawan cuba pantau d...