A Better Place is Waiting for You, Honey

Bayi ditemui di dalam tandas sekolah agama
Bayi dibaham biawak

Minggu saya dirosakkan oleh dua berita yang saya amat2 menyentap naluri keibuan saya. Jujurnya, saya tak habis pun baca berita itu, baca cukup untuk mendapat gist sahaja. Saya tidak cukup kuat untuk membaca details yang nanti akan membuat saya membayangkan gambaran ngeri dan menyayat hati tentang bayi tersebut. Bagaimana bayi yang tidak berdaya itu bertarung nyawa di saat akhir, bagaimana ia menangis kerana terseksa, bagaimana akhirnya tangisan itu pudar dan akhirnya hilang… bersama nyawanya… Saya yang stress.

Apabila saya terbaca saja artikel itu, mulut saya ini lancang saja berkata-kata:
Babinya pompuan. Cam sial. Main tau simpan anak tak tau. Bodoh. Macam gampang. At least abort la time baby tu takde rupa baby. Bodoh otak takde. Nak fuck around tapi tak pandai.
Maafkan bahasa saya yang kasar. Saya amat emotional.

Maaf juga kerana saya menyalahkan wanita semata-mata. Semestinya lelaki juga terlibat sama, tiada wanita yang akan mengandung sekiranya tiada lelaki memainkan peranannya. Tetapi di dalam kes-kes ini, jika difikirkan secara logik, wanita itu sudah bersusah payah membawa bayi itu bersama-samanya dalam tempoh yang cukup lama untuk bayi itu develop semua sifatnya. Kemudian dia melahirkan pula bayi itu dalam keadaan yang penuh bersusah payah (saya bet 99% tanpa sebarang pain relief atau medical support, sakitnya!). Selepas melalui itu semua, masih tergamak seorang ibu meninggalkan bayi itu untuk mati? Dalam keadaan terseksa pula? Dan kemudian ibu itu terus hidup lalalala dan mungkin continue to fuck around? Mungkin juga dia akan hidup with that guilt, tapi pada saya that does not make any difference, the baby is dead. THAT'S UNFORGIVABLE!!!

Ya, saya faham, persepsi masyarakat kita yang amat judgemental dan quick to punish mendorong perbuatan sebegini. Tapi, yang awak pegi sukahati main padahal da tau haram tu kenapa? Padan la muka, baik laki, baik perempuan. The key phrase here is, pandai main, pandai tanggung. Tanggung dalam erti kata disini, ialah bertanggungjawab di atas kelakuan anda. Do the right thing. Morally right, bukan right thing yang akan menyenangkan anda!

Akhir kata, saya berdoa agar perkara sebegini dijauhkan daripada kaum keluarga saya. Amin.

Comments

Popular Posts