Anniversary Week: Our Timeline

Semalam Ajan dah tulis kisah date pertama kami, salah satu milestone besar dalam perhubungan kami. Banyak lagi milestone sepanjang kawan mengenali Ajan ni dan kawan baru sedar yang kronologi kisah cinta kami berdua tak berapa jelas. Jadi kawan rasa Anniversary Week kali ni merupakan masa terbaik untuk ingat kembali macam mana uda bertemu dara, mula bercinta, ke jinjang pelamin.. macam tipikal kisah cinta..

2002
  • Spring: Kali pertama kawan duduk semeja dan berborak dengan Ajan. Masa tu di Common Dining Hall. Memang tradisi, freshmen belanja senior makan disitu.
  • Fall: Ajan hantar email ke komuniti MASA RPI, minta tolong uruskan logistik RPI International Fest. Kawan reply dan offer untuk tolong Ajan. Dari situ kami mula rapat.
  • Winter: Date pertama kami.

2003
  • Spring: Moving ahead from "hanya kawan" dan mula spend lebih masa bersama.
  • Winter: Kami pulang ke Malaysia untuk cuti musim sejuk. Pada malam new year, pertama kali kawan berjumpa keluarga Ajan. Kawan ke rumah Ajan untuk makan malam.

2004
  • Summer: Kawan berpindah dari rumah sewa di Congress Street ke RPI Student Housing. Ajan pun memang dah duduk di situ. Jadi kami jadi partner memasak bersama. Hari ni Ajan masak, esok kawan masak, lusa Ajan masa, tulat pun Ajan masak juga...
  • Winter: Percutian panjang pertama bagi kami. NY ke Los Angeles - San Francisco - Las Vegas - San Diego.

2005
  • Summer: Family kawan datang ke NY. Pertama kali Ajan berjumpa Ma dan Ba.
  • Summer: Kawan pulang ke Malaysia maka setahunlah kami ber long-distance relationship.

2006
  • Jun: Ajan pulang dari New York. Kawan masa tu dah bekerja di Cyberjaya. Boleh kata sejak Ajan balik, setiap minggu sekurang-kurang dua kali kawan berulang dari Puchong ke Gombak.
  • Ogos : Kawan propose Ajan dan dia kata "Yes"!
  • September : Officially kawan dan Ajan bertunang. Kawan bawak 9 dulang hantaran, Ajan pulangkan 11 dulang.

2007
  • December : Hari bahagia kami berdua...

Selepas itu bermulalah kisah hidup kami berdua sebagai suami isteri yang kebanyakannya kami dah ceritakan di sini. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam semalam je kawan mula berkenalan dengan Ajan. Terus terang kawan katakan, melihat balik kisah-kisah lalu ni buat kawan raca macam dalam mimpi. Semua nya berlaku terlalu pantas. Tahu-tahu sekarang ni dah tiga tahun kami berkahwin. Moga berpanjanganlah hendaknya.

Comments

ajan said…
OMG malunye baca entries lama balik.

Maluu.
Lin Ghazale said…
malu2 kucing lah kau! ekekek
Anonymous said…
Sekarang baca entry-entry lama malu, nanti lagi sepuluh tahun, baca entry ni pulak malu. happy anniversary!

Popular Posts