My Prayers for My Husband


Ya Allah,
Dialah cahaya hidupku,
Yang membawa aku jauh dari kegelapan yang menyedihkan,
Dialah kebahagiaanku.


Ya Allah,
Dialah semangatku,
Yang tak pernah putus asa dengan aku,
Dialah pendukung aku.


Ya Allah,
Dialah gelak tawaku,
Di saat aku duka,
Dialah kegembiraanku.


Ya Allah,
Dialah teman aku,
Dialah suamiku.


Ya Allah,
Berkatilah suamiku,
Rahmatilah suamiku,
Murahkanlah rezeki suamiku,
Jauhkanlah suamiku dari dukacita yang menyakitkan,
Kurniakanlah dia kebahagian seperti mana dia membahagiakan aku.

Ya Allah,
Andainya aku yang terbaik untuk suamiku,
Jadikanlah aku isteri yang baik
Jadikanlah aku isteri yang solehah
Kerana aku ingin membahagiakan dia seperti mana dia membahagiakan aku.

Happy 29th Birthday, Dearest Husband.

Love,
Wifey



aChieaJanie, 3rd June 2011, Impiana KLCC


2 Response to My Prayers for My Husband

9:01 AM

Awwww... Happy birthday akmal!

6:44 PM

Amin ya Rabbal Alamin~ :)

Thanks Jaja®.

 

Copyright © 2010 aChieaJanie All rights reserved.