House Tour : Bilik Beradu di Tingkat Satu

Tingkat atas rumah kami secara ringkasnya ada tiga bilik tidur, dua bilik air, dua balkoni dan satu ruang lapang. Tingkat atas rumah ni lebih konvensional seperti kebanyakan rumah-rumah di Malaysia ni. Kawan bertuah sebab keseluruhan tingkat atas (kecuali bilik air) berlantaikan laminated flooring. Memang lantai ni datang asal dari developer rumah ni dulu.
Plan tingkat atas
Bilik tidur utama rumah ni kawan rasa sudah cukup selesa untuk kawan dan Ajan. Ruang bilik tidur ini agak luas, muat untuk letak katil saiz king dan masih ada ruang yang luas di sekelilingnya.
Bilik tidur kami!
Di antara bilik tidur dan bilik air, ada satu ruang untuk wardrobe. Ruang ni agak janggal kerana terdapat satu tingkap kecil betul-betul di hadapan bilik air, mungkin arkitek ni dulu mahukan pemilik rumah melihat permandangan luar sebaik sahaja keluar bilik air. Kawan berpendapat, kalau tingkap ni tiada, boleh juga buat kabinet wardrobe di seluruh dinding.
Pintu masuk sebelah kiri, bilik air dan wardrob di tengah, pintu balkoni di kanan
Semasa proses mencari rumah tempoh hari, kawan cuba dapatkan bilik air yang cukup panjang untuk kawan pasang kaunter sinki. Kali ni kawan dapat apa yang dihajati. Kawan suka susun atur bilik air ni, namun kawan tak berapa gemarkan tiles dinding dan lantai bilik air ni. Kawan rasa selain dari tiles dapur, tiles bilik air ni pun akan ditukar sekali.
yay: kaunter sinki , nay: tiles

Bilik tidur kami dan lagi dua bilik tidur dipisahkan oleh ruang lapang. Kalau perasan, dekat siling sebelah kipas tu ditampal kertas putih A4, tuan rumah malas nak ganti lampu yang dah terjatuh. Kawan rasa, susunan lampu di ruang ni agak tak efektif, dan perlu disusun semula. Buat masa ini cuma ada satu saja lampu dan bila malam ruang ni agak gelap.
Kertas A4 di siling

Dua lagi bilik di atas ni agak sama saiz dan hampir serupa. Yang bezanya satu bilik ada 2 tingkap dan satu lagi ada satu sahaja tingkap. Bilik yang bertingkap dua juga ada laluan terus ke bilik air. Kimi dah book bilik 2 tingkap ni untuk dia. Bertuah anak sulung, semua boleh pilih dulu.
Bilik Kimi, ada dua tingkap dan laluan terus ke bilik air.
Satu lagi bilik 
Ok, kawan dan tunjukkan ruang dalam rumah ni, atas dan bawah. Kawan dan Ajan ada seribu satu plan untuk rumah kami, dari dapur, bilik tidur, perabut hinggalah ke laman luar. Kami sekali lagi berharap ia tak hangat-hangat tahi ayam saja. Lepas ni kawan kongsikan plan untuk mini renovation rumah ni.

Comments

Popular Posts