Lima Langkawi

1. Potret Tun Hasmah di Galeri Perdana, 2. Pisang Gergasi di Makam Mahsuri,
3. Kilang Gamat, 4. Kimi di Mutiara Burau, 5. Lutong dan keluarga, 6. Kimi di Pulau Singa Besar,
7. Kimi dan Lutong pulang KL, 8. Helang terbesar di Langkawi, 9. Potret famili di Rumah Mahsuri
Pipi bagai pauh dilayang,
Hidung kuntum bunga serayu,
Telinga telepuk layu,
Dahi bagai sehari bulan,
Gigi bagai mutiara tersusun
Kening bagai bentuk taji,
Leher jenjang buyung petani,
Lengan seperti baur panah,
Jari halus tombak serai,
Pinggang secekak jari manis,
Betis bagai bunting padi,
Tumit bagai telur burung,
Ibu kaki bungkal setahil.
Itulah gambaran kecantikan Mahsuri seperti mana yang dinyatakan dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Beberapa minggu lepas, kami telah ke kampung halaman Mahsuri, pulau lagenda Langkawi.

Langkawi merupakan destinasi pertama siri jalan-jalan Free Beaches and Ruins kami. Kawan dan Ajan sudah lama tidak ke Langkawi, dan bagi Kimi pula ini kali pertama dia jejakkan kaki ke pulau lagenda ini. Bagi kawan, memang Langkawi dah banyak berubah, dah lebih maju. Tapi disebalik kemajuan Langkawi, kawan lebih terpikat dengan kecantikan asli pulau ini. Ajan pun setuju dengan kawan. Kawan rasa ramai yang turut sama setuju.

Untuk trip kali ini, kawan nak kongsikan Lima perkara tentang Langkawi yang buatkan kami jatuh cinta dengannya.

5. Duty-free
Kalau ke sini dengan kaum Hawa, ini merupakan antara tumpuan utama mereka. Ajan pun sama. Dia ambil kesempatan berada di pulau bebas cukai ini memborong coklat dah barangan dapur. Kebetulan pula kami baru berindah, elok sangatlah ke sini untuk cari apa lagi barang dapur yang belum cukup.

4. Gamat
Kawan sangat kagum dengan anugerah alam yang satu ni. Sejak kawan dari kecil sampai kini, dekat rumah mesti sentiasa ada bekalan minyak gamat. Trip kali ni kawan ambil kesempatan melawat kilang memproses minyak gamat. Kawan tertarik dengan sifat semulajadi minyak gamat ni, walaupun sedang mendidih dan mengelegak ia tetap tidak panas, siap boleh celup tangan lagi.

3. Fauna
Langkawi, asalnya dari Helang Kawi. Spesis helang ni merupakan salah satu dari ratusan spesis fauna yang menjadikan pulau ini kampung halaman. Kami sempat lihat helang-helang ni dari dekat. Satu perkara yang kawan tak setuju ialah pemandu-pemandu bot yang memberi makan ayam kepada helang ini. Kawan rasa ia menggangu sifat semula jadi burung ini. Kalau ia berterusan helang-helang ini akan jadi manja dan hilang sifat semulajadinya.

Seperkara lagi, kalau nak tahu, Kimi memang gemarkan haiwan, dari sekecil-kecil tupai sampai sebesar gajah disapanya. Satu perkara yang kami tak boleh lupa ialah 'rombongan' lutong jinak yang melawat chalet kami. Gembira tak terkata Kimi hari tu.

2. Lagenda
Tidak seperti pulau-pulau lain di Malaysia, di setiap ceruk pulau ini ada lagendanya. Mahsuri, Dayang Bunting, Beras Terbakar, Gunung Mat Cincang & Mat Raya merupakan antara lagenda yang terkenal disini. Selain dari lagenda-lagenda ini, kalau kita berborak dengan penduduk tempatan, pelbagai cerita 'menarik' tentang pulau ini mereka kongsikan. Kalau difikirkan logik akal memang mustahil tapi itulah keunikan Langkawi.

1. Pantai
Antara tujuan utama kami ke pulau ini tidak lain dan tidak bukan ialah pantainya. Sepanjang 3 hari kami di sini, banyak masa kami habiskan di pantai. Kami sempat ke Pantai Cenang, Pantai Kok, Teluk Burau, Pantai Pasir Hitam dan Pantai di Pulau Singa Besar. Ajan, 'beach junkie' jadi tak hairanlah kalau dia terpaut dengan kecantikan pantai-pantai di Langkawi.




Comments

Engku Artini said…
hai.. salam singgah singgah. nice blog!!

Popular Posts