Masih Aceh
Desntinasi siri jalan-jalan Free Beaches and Ruins kali ini ada pantai dan juga tinggalan sejarah. Atas sebab tertentu, Ajan tak dapat pergi kali ni, cuma kawan dan Kimi berdua-dua sahaja.
Antara bandar-bandar di Indonesia yang kawan pernah lawati, kawan rasakan Aceh merupakan bandar yang paling bersih dan selamat sesuai dengan jolokan Serambi Mekah. Lepas lapan tahun tragedi tsunami, Aceh telah pulih dan terus membangun kehadapan. Kawan perhatikan banyak pembangunan baru di sekitar Banda Aceh. Kami berdua abiskan masa melawat tinggalan kesan tsunami seperti Masjid Baitul-Rahim, satu-satunya bangunan yang selamat, Pantai UleeLhueue yang paling teruk menerima kesan Tsunami, Muzium Tsunami yang senibinanya uber-cool dan kapal-kapal yang masih tersadai akibat dihanyut ke daratan.

Comments