Wrapping Mama! - Part IV: Crotch Carrier yang Tidak Ergonomik

Penggendong Ergonomik 


Penggendong Celah Kangkang ni nama glamor dia crotch carrier. Memang famous penggendong jenis ini, antara sebab ia famous di Malaysia adalah ia agak murah, senang didapati di dan juga kerana ia selalunya digunakan oleh ibu bapa yang memilih untuk menggendong anak secara memandang kehadapan (front facing).

Ergonomik tu maksud dia:

"The scientific study of equipment design, as in office furniture or transportation seating, for the purpose of improving efficiency, comfort, or safety" - Dictionary.com  / bertujuan untuk memberi keselesaan optimum dan untuk mengelakkan tekanan atau kecederaan - Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam konteks penggendong bayi, ergonomik bagi saya bermaksud penggendong yang memberi keselesaan dan selamat bagi kedua-dua penggendong dan yang digendong. 

Antara cara untuk mencapai ciri-ciri penggendong yang ergonomik termasuk:
  • kedudukan punggung bayi adalah lebih rendah daripada lutut bayi, kalau tengok dari belakang rupa dia macam M
  • menggalakkan posisi kaki bayi adalah knee-to-knee
yang lain-lain boleh rujuk laman Babywearing School dan sini juga

knee to knee position
punggung lebih rendah daripada lutut

Selain itu, sila juga pastikan bila kita menggendong bayi, ciri-ciri TICKS dipenuhi: 




Antara sebab-sebab penggendong jenis ini tidak digalakkan adalah kerana:
  • Tak berapa nak selesa untuk bayi. Cuba rujuk gambar-gambar di bawah dan see for yourself, Tergantung dekat celah situ, terkonteng-konteng gitu. 
  • Tak selesa juga untuk yang mengendong, kerana berat bayi tidak dibahagikan sama rata atas badan anda, maksudnya, berat bayi mungkin terlalu tertumpu kepada bahu (sakit bahu), atau terlalu tertumpu dekat pinggang. 
  • Dalam kes-kes yang ekstrem, mungkin boleh menyumbang kepada hip dysplasia, sejenis kondisi yang melibatkan misalignment of the wearees' hip joint. 
Berikut adalah contoh-contoh crotch carrier.


Source: Google 


Boleh lihat bayi dalam kedudukan yang tidak selesa / tidak diampung dengan betul
Source: Google, http://mamasphere.com.au/general/hack-narrow-based-carrier-safely 
Jadi berhati-hati ya. Ramai yang beli crotch carrier, mungkin sebab crotch carrier lebih mudah didapati di mana-mana pasaraya dan malls. Ada juga yang kata harganya jauh lebih murah daripada kebanyakan ergonomic carrier, tapi tidak juga ya, di Tiny Tapir ada dijual SSC ergonomic jenama Patapum. Harga dalam RM100.

Selamat ber-babywearing!

Disclaimer: Semua tulisan berkaitan babywearing di sini adalah lebih kepada terjemahan dan kompilasi maklumat yang sedia ada di internet, beserta dengan pengetahuan dan pengalaman saya serba sedikit. Saya bukan expert malah bukan babywearing educator. Untuk berkenalan dengan babywearing educator, sila ke laman Malaysian Babywearers atau Gendong 101 di Facebook.

I'm just a mother trying to do my part in helping the society.

Terima kasih.

Other posts:

Wrapping Mama! Part I, Part II, Part III

Comments

Popular Posts