Posts

Showing posts matching the search for Kamera Murah

Yashica EZ F521, Kamera Murah Kimi

Image
Kami jumpa Kamera Murah Kimi! It's a Yashica EZ F521 or Digital Holga ( some people said, but i beg to differ ). Kamera Murah ni fit hampir semua faktor-faktor yang kawan senaraikan sebelum ini . Sebenarnya, jumpa kamera ni pun secara kebetulan, Ajan dan kawan sebelum ni dah keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai nak cari kamera untuk Kimi tapi tak jumpa. Yang kami berkenan semuanya lebih budget kami. Cuba browse dalam Mudah dan kebetulan hari tu ada orang iklankan Yashica ni. Tawar-tawar sikit, kawan pun setuju beli kamera ni untuk Kimi. Kotak Yashica yang berbahasa Jepun Kamera ni sangat-sangat minimum features dia dan sangat mudah nak guna. Saiz kecil dan sangat ringan sebab di buat dari plastik (murah). Kalau pegang, memanglah terasa macam toy camera . Gambar-gambar dari kamera ni tak lah sharp , lebih-lebih lagi kalau kurang cahaya, tapi kawan rasa cukuplah untuk kamera pertama Kimi. Cuma yang kawan tak berapa gemar, kamera ni guna bateri AAA. Satu lagi, Kamer...

Kamera Murah

Image
I wish this kamera is murah... Ajan dan kawan perasan Kimi suka betul dengan kamera, samada untuk ambil gambar mahupun diambil gambar. Dia selalu mintak phone kami dan app favorite dia ialah Kamera. Jadi, kami pun lama rancang nak belikan kamera untuk Kimi, untuk galakkan minat dia (dan jauhkan dia dari phone kami)  Maka bermulalah pencarian kamera untuk kimi. Faktor utama kamera untuk Kimi ialah harga. Kami tak nak la beli RM800 kamera dan pecah bersepai tak sampai seminggu. Lagi pun kalau kamera tu harga dia rendah, dan lepas seminggu Kimi decide tak nak guna kamera tu, takdelah rasa terkilan sangat. Kami letak harga maksimum RM300 untuk pencarian Kamera Murah (kawan rasa boleh dapat dalam RM200). Selain faktor harga, kawan juga cuba ambil kira faktor-faktor lain untuk pencarian Kamera Murah ni.  Kalau boleh kawan cuba cari kamera yang rupanya mirip macam SLR - badan warna hitam, ada lens besar dan ada dua point (kiri dan ka...

Homework Pertama!

Image
Hari Jumaat yang lepas, Buat pertama kalinya Kimi balik sekolah dengan kerja rumah! Dia bawak balik sekeping kertas putih yang ada 6 bulatan dengan tajuk Things I Like .  6 bulatan tu ada tertulis food , toy , colour , hobby , song , tv show . Macam selalu kawan periksa comm book dia, kali ini  cikgu dia ada bagi arahan tentang kerja rumah tu. Ringkasnya Kimi kena isi bulatan tu dengan benda yang dia suka ( song, tv show, color, hobby boleh dikira sebagai benda ke?) sama ada lukis, tulis, tampal atau apa sahaja. Disebabkan Kimi cuma ada skill menggunting dan menampal, maka itulah pilihan yang dia ada (kimi boleh tulis dan lukis tapi cuma dia sorang saja yang paham apa yang dia tulis dan lukis) . Petang Ahad tu kami bertiga selongkar timbunan Utusan dan NSTP dekat rumah kami untuk cari gambar untuk Kimi gunting dah tampal. Bila abis semua akhbar tu kami selak, kami cuma dapat gambar untuk tv show dan hobby sahaja. Gambar Upin-Ipin, Kungfu Panda dan Boboiboy dari init...