Homework Pertama!
Hari Jumaat yang lepas, Buat pertama kalinya Kimi balik sekolah dengan kerja rumah! Dia bawak balik sekeping kertas putih yang ada 6 bulatan dengan tajuk Things I Like. 6 bulatan tu ada tertulis food, toy, colour, hobby, song, tv show.
Macam selalu kawan periksa comm book dia, kali ini cikgu dia ada bagi arahan tentang kerja rumah tu. Ringkasnya Kimi kena isi bulatan tu dengan benda yang dia suka (song, tv show, color, hobby boleh dikira sebagai benda ke?) sama ada lukis, tulis, tampal atau apa sahaja.
Disebabkan Kimi cuma ada skill menggunting dan menampal, maka itulah pilihan yang dia ada (kimi boleh tulis dan lukis tapi cuma dia sorang saja yang paham apa yang dia tulis dan lukis).
Petang Ahad tu kami bertiga selongkar timbunan Utusan dan NSTP dekat rumah kami untuk cari gambar untuk Kimi gunting dah tampal. Bila abis semua akhbar tu kami selak, kami cuma dapat gambar untuk tv show dan hobby sahaja. Gambar Upin-Ipin, Kungfu Panda dan Boboiboy dari initisari rancangan TV dan kamera dari iklan Olympus. Itu sahaja, dalam akhbar memang ada banyak gambar food, toy dan song, tapi tiada yang Kimi suka.
Kami berhenti sebentar sebab dah takda lagi gambar nak dicari, dan Kimi dah seronok gunting kertas randomly. Tetiba kawan dapat idea untuk tengok dalam katalog promosi Giants. Sebab kami memang beli hampir semua barang keperluan dari Giants, semua benda-benda yang Kimi suka ada dalam tu. Kawan patut terfikir pasal katalog ni lebih awal...
Untuk bahagian warna yang Kimi suka, Kimi guna paper cutter bentuk daun untuk potong cebisan-cebisan kertas yang ada warna yang dia suka. Ni idea Ajan dan kawan rasa dia sangat cool.
Kawan rasa kerja rumah kali ni bagus, selain Kimi dapat guna gunting dan gam, dia boleh express apa yang dia suka.
Ni ringkasan apa yang Kimi suka.

- Food - Oreo dan Susu, Kimi panggil 'Putar Celup'.
- Toy - Blok Lego, Kimi mula main sejak dua tahun dan sampai sekarang blok-blok ni masih lagi toy yang dia paling suka. Kami pun ada buat Lego birthday party masa dia 2 tahun.
- Song - Chipmunk! terutamanya Bad Romance. Pelik taste lagu dia ni.
- TV Show - Kungfu Panda, kawan ingatkan dia suka tengok Boboiboy atau Upin-Ipin, tapi dia kata dia lagi suka Poo.
- Hobby - Amik gambar samada guna Kamera Murah atau iPhone Ajan.
- Color - Merah. Kawan tak tahu pun dia suka warna ni.
Comments