Reno 'Siap', hampir..

Akhirnya setelah beberapa minggu proses reno oleh kontraktor, rumah kami dah 'siap' untuk didiami. Kawan letak 'quote' sebab rumah ni belum 100% siap lagi. Cuma reno asas sahaja yang dah siap.

Kami dah putuskan untuk menggunakan khidmat kontraktor untuk kerja-kerja asas yang melibatkan simen, tiles, elektrik dan bumbung. Kalau ikutkan hati memang semua ni nak dibuat sendiri sebab nak jimatkan kos, tapi kawan tak berkemahiran dan tambahan pulak kerja-kerja melibatkan elektrik perlu orang yang mahir, kalau silap langkah, boleh jadi lintar-pintas dan menyebabkan kemalangan yang lebih teruk. Nak berjimat beberapa ringgit punya pasal, lain pula yang jadinya nanti. Oleh itu, untuk kerja-kerja asas dan memerlukan kemahiran, kami gunakan kontraktor. Alhamdulillah, semua kerja-kerja tu dah selesai.

Kalau menggunakan kontraktor ni selalunya bajet awal akan lari jauh dengan kos sebenar, seperti mana yang kami lalui masa reno dapur di rumah dulu. Kali ni kawan cuba pantau dengan lebih teliti dari mula sampai akhir dan untuk pastikan bajet tidak lari, kawan pastikan beberapa perkara seperti dibawah:
  1. Segala yang nak direno tu perlu disenaraikan secara terperinci dan diserahkan kepada kontraktor. Pastikan simpan salinan senarai tu. Selalu last minit kontraktor kata apa yg kita minta tu tiada dalam quotation yang dia beri, masa itulah kontraktor ni akan charge lebih. Kalau ada senarai ni kita dah pastikan apa yg kita minta ada dalam quotation kontraktor.

  2. Dapatkan quatation yang terperinci dari kontraktor sebelum kerja-kerja dimulakan. Berapa banyak pasir, simen, kayu, upah buruh semua kena ada dalam quotation. Bila dah dapat semua tu boleh periksa balik dengan kedai hardware untuk pastikan kontraktor tu tak letak harga yang melampau.

  3. Bahan-bahan bukan asas seperti lampu, tiles, kawan ambil inisiatif untuk beli sendiri. Dengan tu kawan boleh pastikan kualiti dan dapatkan harga yang paling rendah. Tips ni lebih kepada bagaimana nak dapatkan barang lebih berkualiti dengan harga paling murah. Selalunya kontraktor boleh belikan barang-barang ni tapi kita tak tahu kualiti barang yang diberi.. Letak quotation tiles Niro, tapi guna tiles cap ayam saja.
    Kawan beli dari kedai di Puchong setelah 6 kedai kawan pergi.
Esok kawan akan kongsikan hasil kerja-kerja reno yang telah dibuat. Ingatkan nak letak semua dalam satu post ni, tapi dah terpanjang pula :) . 

Comments

Anonymous said…
Ach, tolong sharekan address kedai2 tiles. nak shopping doh. tq.
Anonymous said…
Ach...kalau x keberatan, boleh tlg bg contact details contractor x?...baca dlm blog ni, keje dia ok kan?

Popular Posts