Reno Kitchen
Seperti mana yang kawan katakan sebelum ini, tiles bahagian dapur rumah ni merupakan perkara pertama yang akan kami tukar. Dalam reno pertama ni, kami cadang untuk ubahsuai secara dapur secara total. Dapur asal rumah ni dipenuhi tiles warna cream di kesemua dinding dari lantai hingga siling Walaupun dapur ni dapat banyak cahaya, somehow tiles yang sedia ada tu membuatkan ruang ni nampak gloomy.
Ajan dan kawan mahukan dapur yang lebih kontemporari dan segar. Kawan rasa cukup satu dinding sahaja bertiles. Ajan pun setuju, cuma bahagian dapur / sink / kabinet sahaja yang akan bertiles. Dinding lain cuma berplaster supaya boleh dicat dan ditukar warna dari masa ke semasa. Untuk dapur ni, kami mahukan kabinet berpintu putih, worktop kayu, tiles putih dan berdinding warna pastel macam dapur dibawah ni.
Di bawah ni kawan sekalil lagi tunjukkan pelan reno untuk dapur kami. Untuk reno dapur kali ni, fokus ditumpukan kepada dinding serta lampu sahaja. Pada mulanya kami cadang nak gunakan subway tiles, tapi jenuh satu KL kawan pusing mencari tapi tak jumpa. Akhirnya kami settled dengan mosaic empat segi sama berkilat. Mosaic ni kawan dapat murah, RM4 sekaki persegi, murah sebab pattern ni dah discontinued dan kedai tu nak abiskan stok.
Kawan sangkakan proses memecahkan dinding ni mudah sahaja, tapi sebenarnya ia sangat rumit. Untuk ruang dapur ni sahaja kontraktor tu ambil 5 hari untuk pecahkan semua tiles. Lepas semua tiles tu dah dipecahkan, proses pasang balik tiles baru dan plaster dinding agak cepat. Lebih kurang seminggu ruang dapur ni siap. Di bawah ni gambar dapur selepas reno.
Ajan dan kawan gembira dengan rupa dapur selepas reno. Selain lebih cantik, ia nampak lebih besar. Sekarag ni boleh la kawan memulakan proses mengecat dinding. Di bawah ni kawan tunjukkan sekali lagi gambar asal dapur sebelum reno. Lepas ni kawan akan kongsikan hasil reno bilik air pula.
Ajan dan kawan mahukan dapur yang lebih kontemporari dan segar. Kawan rasa cukup satu dinding sahaja bertiles. Ajan pun setuju, cuma bahagian dapur / sink / kabinet sahaja yang akan bertiles. Dinding lain cuma berplaster supaya boleh dicat dan ditukar warna dari masa ke semasa. Untuk dapur ni, kami mahukan kabinet berpintu putih, worktop kayu, tiles putih dan berdinding warna pastel macam dapur dibawah ni.
source : uktv |

Comments