Malaysia vs Korea
Setiap kali, pasukan bola Malaysia main dekat KL ni, kawan akan cuba pergi. Sebagai fan, kawan cuba untuk bagi sokongan. Semalam ada satu lagi perlawanan persahabatan pasukan Malaysia. Kali ni lawan Korea Selatan, sempena 50 tahun hubungan diplomatik dua negara.
Kali ni kawan bawa Ajan dan Kimi sekali. Ni Kimi first live match. Masa game Man Utd tahun lepas Kimi kecil lagi, kali ni dia cukup besar untuk enjoy the atmosphere.
Macam biasa, setiap kali tengok game Malaysia, kuning adalah warnanya! Cuma Ajan punya kuning je tak macam kuning sangat :). Disebabkan awan mendung sebelum kami nak keluar tu, maka disediakan payung sebelum hujan. Nasib baik lah bawak payung, hujan turung mencurah-curah petang semalam. Nasib baik juga hujan berhenti sebelum match.
Sampai kat pintu stadium, Kimi dah jerit Bola! Bola! Masa kitorang sampai, game baru je mula. Orang tak ramai sangat, kami dapat seat yang cukup selesa untuk Kimi main-main. Sepanjang baris tu cuma kami bertiga je. Tak sampai 15 minit game Kimi dah tak boleh duduk diam. Abis keliling stadium dia berlari. Naik turun tangga. Mommy kena berkejar dengan dia. Di satu sudut lain pulak terpampang mesej untuk pasukan negara "1980 Mas 2-1 Korea, 2010 Korea = WC, Kita = ???". Betul tu, dah jauh sangat jurang bola sepak Malaysia dan Korea.
Game kali ni tak menghampakan. Yang kawan nampak diorang dah sefahaman main. Pertahanan dah meningkat banyak. Beberapa kali je keeper dapat pegang bola. Midfield pun bijak atur perlawanan. Banyak gerakan yang cantik-cantik, cuma penyudah kita perlu tambah baik lagi. Separuh masa pertama berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Kawan amik peluang ni untuk keluar bawa Kimi jalan-jalan, beli minum dan kerepok.
Lepas rehat, kira-kira enam minit, saat yang menggembirakan yang satu stadium tunggu-tunggu terjelma. Safiq Rahim menumbat jaringan gol cantik. Terkejut Kimi sebab tiba-tiba semua orang menjerit kegembiraan masa bola menerjah ke jaring gol.
Sampai akhir perlawanan, kekal Mas 1-0 Korea. Mungkin ini Kimi punya first time luck . Tahniah Malaysia, diharapkan lepas-lepas ni pasukan negara akan terus maju, baru seronok kami sekeluarga nak pergi menonton lagi..

Comments