Cari Kontraktor
Kawan rasa ini merupakan perkara yang paling sukar dalam sebarang proses ubah suai rumah. Kawan dengar macam-macam rungutan rakan-rakan tentang kontraktor mereka. Ada yang cabut lari lepas dapat deposit, ada yang buat ala-kadar dan cincai, ada yang asyik minta naikkan harga dengan alasan barang dah makin mahal. Macam-macam yang kawan dengar tentang pengalam rakan-rakan lain ubah suai rumah. Sebab tu dari awal, kawan nak pastikan kawan tak sama tersilap langkah dalam proses ni.
Kawan akui bukan senang nak cari kontraktor yang boleh puaskan hati sampai siap ubahsuai sebab tu kawan senaraikan dulu apa yang kawan mahukan. Kontraktor tu nanti mestilah
Kawan cadangkan, jangan buat lebih dari satu temujanji pada masa yang sama. Buat asing-asing untuk setiap kontraktor. Kalau boleh, mula dengan kontraktor yang paling kurang dikenali, kontraktor yang rakan kita recommend kita buat akhir. Sebab dah hujung-hujung tu kita dah mahir sikit untuk nego.
Satu perkara lagi, kalau boleh jangan layan kontraktor yang cari kita dan tawarkan macam-macam. Selalunya kalau di taman perumahan baru, penuh mailbox kita dengan pamplet diorang. Kawan tak baca satu pun. Terus campak masuk tong sampah. Mereka ni agak aggresif, kalau nampak kita baru masuk rumah tu, berkerumun diorang tawarkan macam-macam. Kalau boleh jauhkan ye, sebab kebanyakan mereka ni Mahal, Tak-Berkualiti dan Tak-Reliable.
Kawan akui bukan senang nak cari kontraktor yang boleh puaskan hati sampai siap ubahsuai sebab tu kawan senaraikan dulu apa yang kawan mahukan. Kontraktor tu nanti mestilah
- Harga Murah
Harga merupakan faktor utama yang kawan kena fikirkan. Kalau boleh cari yang paling murah. Kawan rasa apa saja yang kawan boleh buat sendiri, kawan buat sendiri, dengan tu boleh kurangkan harga keseluruhan projek. Lagi satu tips untuk dapatkan kontraktor yang murah, cari kontraktor yang buat semua kerja. Dia tauke, dia juga kuli. Kalau boleh jauhkan dari kontraktor yang nampak segak bergaya dan datang naik Wish, Caldina, Alphard atau lain-lain kereta mewah yang sama waktu dengannya.
- Kualiti
Biasalah, kawan kan orang Asia, cheapskate tapi nak yang kualiti tinggi. Satu je cara nak pastikan kualiti kerja kontraktor tu, pergi tengok sendiri projek yang dia tengah buat. Jangan cuma dengar je cakap diorang ni, pergi lihat sendiri. Kalau kontraktor yang korang jumpa takut-takut nak tunjuk kerja yang dia tengah buat, cari kontraktor lain.
- Reliabiliti
Kawan nak cari kontraktor yang boleh dipercaya. Memang susah nak cari, tapi kalau dah jumpa, kontraktor ni boleh jadi kawan. Lepas-lepas ni kalau nak buat kerja lain boleh cari dia lagi. Pada kawan, paling senang nak cari kontraktor yang boleh percaya dengan tanya pada keluarga atau rakan yang boleh percaya. Ringan-ringankan mulut bertanya pada rakan atau saudara yang pernah pindah rumah. Kalau takde, satu lagi cara ialah rajin-rajin tanya dekat jiran-jiran sebelah yang baru buat ubahsuai rumah. Kalau rumah tu dalam kawasan perumahan baru lagi senang, tengok kiri-kanan mana jiran yang buat ubahsuai.

Comments