Secara keseluruhannya hotel di Hong Kong adalah mahal dan disebabkan tempat yang terhad, saiz bilik juga sangat kecil berbanding dengan hotel-hotel di bandar-bandar lain yang penah kawan lawati. Sebelum ke HK, kawan dah buat sikit
research tentang hotel ni, kawan senarai-pendekkan lebih kurang 5-6 hotel sebelum pilih untuk ke
Hop Inn.
Kawan ni agak cerewet untuk pilih hotel setiap kali kami pergi
jalan-jalan. Selalunya kawan akan ambil 2-3 minggu untuk pilih hotel yang terbaik. Proses
research ni seronok dan kawan kira sebagai sebahagian dari percutian kawan juga. Yang penting bagi kawan, hotel tu mesti selesa, cantik, lokasi strategik dan harga berpatutan (murah!). Dan Hop Inn ada semua ciri-ciri ni.
Secara ringkasnya hotel (hostel?) ni ada 9 bilik kecil sahaja , keseluruhan hotel ni mungkin kurang dari 2000 kaki persegi. Tapi itu suatu yang normal di HK. Terdapat pelbagai saiz bilik dari untuk seorang ke empat orang. Lokasinya juga sangat strategik dan mudah diakses. Hop Inn terletak di Hankow Road, Tsim Sha Tsui.
Hankow Road cuma jalan sehala satu lorong, dan kurang sibuk berbanding jalan besar seperti
Nathan Road. Pengangkutan awam pula sangat mudah didapati. Hampir semua laluan utama bas melalui Nathan Road dan
MTR terdekat pula terletak di Peking Road, satu blok dari Hop Inn. Seperti mana kawasan lain di HK, teksi sangat mudah didapati, setiap masa ada saja teksi yang lalu di Hankow Road.
|
Peta Lokasi dari laman web Hop Inn |
Satu lagi yang menarik tentang lokasi Hop Inn terutama bagi yang Muslim ialah mudah untuk mendapatkan makanan Halal.
India Palace, terletak di tingkat satu (Hop Inn di tingkat 2) menyediakan masakan dari India Utara dan India Selatan. Selain dari itu, ia juga tidak jauh dari
Masjid Kowloon yang terletak di persimpangan Haiphong dan Nathan.
Bilik kami? Kami duduk dua malam di bilik
Bird Lover. Setiap bilik di sini ada temanya sendiri. Bilik kami dipenuhi lukisan burung, beberapa
bird house dan juga lampu sarang burung. Masuk je bilik Ajan dah OMG-OMG banyak kali. Teruja lah tu, memang cantik pun kawan rasa.
|
Burung di mana-mana sahaja |
Kemudahan dalam bilik agak
basic. Ada katil untuk dua orang, almari kecil, AC dan bilik mandi yang lengkap dengan air panas. Ringkas, tapi kawan rasa cukup dah. Untuk hiburan pula ada LCD TV, tapi rancangan tempatan lah. DVD player disediakan dan boleh pinjam DVD dari koleksi hotel di
frontdesk. Terdapat juga beberapa buku-buku baru yang boleh dipinjam untuk dibaca. Hop Inn juga ada sediakan Wi-Fi percuma, kebetulan
wireless router tu betul-betul atas pintu bilik kami, jadi kami dapat akses internet yang
cun sepanjang dua malam kami di sini. Satu lagi yang kawan suka ialah di bilik kami ada 4
plug point, perkara kecil tapi sangat memudahkan kami. Dalam bilik tiada peti sejuk atau pun pemanas air, biasalah hostel. Tapi depan bilik kami ada
water dispenser, untuk air panas dan sejuk. Sangat penting terutamanya air panas, sebab Kimi perlukan susu dan Ajan pulak perlukan teh panas setiap hari (dan mudahkan kawan panaskan
maggi di malam hari).
|
Kimi atas katil yang cukup untuk kami bersempit-sempitan |
Staff di Hop Inn ni mesra dan sangat membantu. Pada setiap masa akan ada seorang staff di
front desk. Sepanjang kami di sana Wilson, Simon dan Kit selalu sedia untuk melayan kerenah kami. Segala soalan dijawab dengan mesra. Kawan minta pinjam
screw driver, diorang siap bagi satu set
toolbox lagi.
|
Kawan dan Wilson di depan frontdesk |
Secara keseluruhannya kami seronok tinggal di Hop Inn, dan kalau kami ke HK lagi, kami tiada masalah untuk ke Hop Inn. Malah kalau ada kawan yang bertanya tentang tempat tinggal di HK, kawan senang hati untuk cadangkan Hop Inn.
|
Hankow Road dari bilik kami |
Comments
sgt terhibur dgn cerita yang manis dgn keluarga,pasti sgt seronok.
nak tanya kak, untuk bilik twin sharing kat hop inn agak2 boleh muat utk 3 adult yng bersaiz kecik ? :)
terimakasih byk2
Kalau all of u small sized like me, as in xs size, then 3 shld be ok but it wont be comfortable at all. Kalau lagi besar than xs then definitely tak muat.
Anyways, usually hostels wont let u have more than 2 guests per room. Uve gotta ask beforehand.
Enjoy your stay in HK!