KKK
KKK : Bukan Ku Klux Klan atau Krusty Komedy Klassic, tapi Kosa Kata Kimi!
Macam-macam Kimi dah cakap sekarang ni. Pada umur 99 minggu (lebih kurang 1 tahun 11 bulan) memang patut pun dia dah pandai cakap macam-macam. Kimi dah boleh diajak berbual. Kalau bagi arahan dia dah boleh buat dengan tepat (walaupun tak 100% lagi).
Kawan perasan Kimi ada sikit masalah nak sebut perkataan yang akhir dengan 'I' macam 'Nasi', 'Money' dan 'Mommy'. Itu yang Ajan geram, sebab Kimi boleh panggil kawan, 'Ayah' dengan jelas tapi sampai sekarang tak boleh nak panggil 'Mommy' lagi. Dia cuma panggil samada 'Mom' atau 'Mammom' (atau 'Nenen').
Kawan rasa sekarang ni Kimi dah boleh cakap lebih 100 perkataan. Campur Bahasa dan English. Bawah ni serba sedikit KKK, dan terjemahannya.
Ada lagi banyak KKK, tapi yang atas ni lah yang agak biasa. Sejak dah pandai cakap ni senang sikit nak tahu apa dia mintak. Kalau malam bangun takde nangis-nangis lagi sebab dia dah boleh kejut ayah dia dan cakap Cucu lish...

KKK | Terjemahan | Maksud |
Lish | Please | Perkataan pertama Kimi. Nak mintak apa pun dia akan cakap Liiissshh. |
Ayah | Ayah | Kawan lah siapa lagi. |
Mom, Mommom | Mommy | Panggilan Ajan. |
Bo | Boy | Kimi tahu yang dia budak lelaki, kadang-kadang kawan panggil Kimi Boy juga. |
Nenek | Nenek | Nenek Kimi belah Ajan. |
Tok, Baba | Atuk Ma, Atuk Baba | Dua Atuk Kimi belah kawan. |
Cucu | Susu | Minuman kegemaran dia lah. Samada dalam botol atau pun dalam kotak (Dutch Lady). |
Mamam | Makan | Nasi, roti, cereal, segala makanan yang dia suka. |
Nana | Banana | Pisang, buah yang dia suka. |
Ka,Brumbrum | Car | Kereta, Kimi ni sangat suka jalan-jalan, kalau boleh sepanjang masa nak mintak naik kereta jalan-jalan. |
Ceiceh | Terima Kasih | Lepas cakap Piisss dan dah dapat apa yang dia minta. |
Shu | Shoe | Kasut, terutama kasut Croc dia. |
Buk | Book | Kimi ni sangat minat buku macam Mommy dia. |
Wek | Work | Dia tahu setiap pagi dia kena tinggal ngan bibik dan nenek dia sebab Ayah dan Mommy pergi Wek |
Bo | Rainbow | Pelangi. |
Mun | Moon | Bulan, Kimi ni sangat suka teruja kalau nampak bulan. |
Ta | Star | Malam kelmarin dia tunjuk kat langit, lepas tu cakap Ta Ayah! |
Deh | Best | Kalau Kimi suka apa yang dia makan atau buat, dia akan cakap Deh |
Wuit | Duit | Duit kertas atau syiling. Kimi tahu yang dia kena bagi duit dekat kedai dan bila sampai kat tol. Lepas ni nak ajar menabung pula. |
Cat, Miooo | Cat | Pantang nampak kucing Kimi ni, penyayang kat binatang. |
Bid, Chipcipcipp | Bird | Burung (yang terbang) |
Tote | **** | Burung (yang tak boleh terbang) |

Comments