Anniversary Week: Photoshop dan Kami

Posting kali ni masih pasal kisah kami dulu-dulu. Cerita pasal salah satu aktiviti yang kami suka buat bersama. Masa kami mula-mula rapat dulu kami selalu abiskan banyak masa dengan aktiviti inner nerd kami, berphotoshop. Agak lamekan.

Kawan memang agak incline untuk suka pada art sejak dari kecil lagi. Kawan mula guna photoshop ni dari zaman sekolah lagi. Jadi tahu lah serba-sikit pasal photo editing ni. Ajan pulak pada masa tu baru nak mula berjinak-jinak berphotoshop. Jadi, kawan ambillah peluang masa tu untuk kongsi serba-sikit apa yang kawan tahu. Sebenarnya tu cuma alasan kawan untuk spend masa dengan Ajan.

Masa tu kawan dapat perasan yang dia ni sangat fast learner. Sampai satu masa tu, Ajan lagi banyak kongsi tips & trick Photoshop ni. Dia memang tak pernah gagal impress kawan dengan teknik baru, short-cut baru. Time tu kawan pulak yang segan, anak murid lagi hebat dari cikgu. Ajan pulak yang ajar kawan pasal Pen Tool, Brushes, dan macam-macam lagi.


Masa setahun kami on long-term relationship, photoshopping ni antara aktiviti regular kami. Lagi pun tak banyak pun aktiviti lain yang kami boleh buat sama-sama masa beribu batu jauh berpisahkan.

Sekarang ni sejak dari 2005 kami dah jarang berphotoshop. Cuma sekali-sekala tu kalau ternampak Ajan tengah buka photoshop, kawan cuba nak sibuk-sibuk join sekali. Teringat pulak macam zaman dulu-dulu... 

p/s: gambar-gambar ni antara gambar yang kawan buat untuk Ajan zaman dolu-dolu..

Comments

Popular Posts