Rumah Baru!

Pertengahan tahun lalu kami dah ambil keputusan untuk jual Dua, memang rasa berbelah bahagi, tapi kami gembira dengan keputusan yang kami buat tu.

Lepas 6 bulan keluar-masuk dari satu rumah ke satu rumah, tawar-menawar dengan agen, pergi dari satu bank ke satu bank, naik-turun pejabat peguam, akhirnya minggu lepas kami berjaya complete pembelian rumah baru dan ambil kunci dari pemilik rumah. Sangat teruja! 

Artist impression rumah kami
Kawan akan ceritakan lebih lanjut tentang rumah baru kami, tapi harini kita tengok dulu 10 Fakta menarik tentang rumah baru kami.
  • Anjung rumah ni cuma muat untuk satu kereta saja, nay!
  • Ada cul de sac, yeay!
  • Lalang lagi banyak dari rumput kat laman, nay!
  • Ada air panas dalam semua bilik mandi, pagi-pagi dah tak payah berebut lagi, yay!
  • Ada banyak semut api kat luar rumah, koloni diorang besar, nay!
  • Dari ruang tamu, kalau lihat keluar rumah, nampak sangat menghijau macam dalam taman, yay!
  • Dapur dia tak seluas dapur Dua, Ajan mesti kata nay!
  • Sudut kiblat rumah ni sama macam kiblat rumah yang kami duduk sekarang, yay!
  • Dapur dengan bilik air nampak serupa guna tiles yang sama sampai ke siling, nay
  • Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti semuanya walking distance, yay! (tapi bila sampai uni dah basah lencun lah, berpeluh)

Comments

Popular Posts