Operasi Luaskan Dapur

Perkara pertama dalam Project Dua ialah besarkan dapur rumah kami. Ini adalah projek terbesar dan termahal dalam Project Dua. Jadi sebab tu kami putuskan untuk siapkan penambahan belakang rumah ini terlebih dahulu. Lagi pun kami bayangkan kami sekeluaga akan luangkan banyak masa di dapur bila Dua siap nanti. Jadi kami mahukan dapur kami diberi perhatian terlebih dahulu. Lagi pun Ajan sangat gembira untuk tackle projek ini dulu macam dia tulis kat sini, sini dan sini.

Dapur Asal

Masa kawan putuskan untuk beli Dua tiga tahun dulu, memang kawan dah bayangkan yang kawan akan sambung dapur sampai ke hujung. Saiz asal dapur memang agak kecil, cuma 84 kaki persegi. 14 kaki lebar dan cuma 6 kaki panjang. Kat belakang tu pula tiada dinding cuma ada grill sampai ke siling. Kawan memang dah tahu tentang grill ni, dan memang dari awal kawan nak besarkan dapur, sebab tu tak kisah sangat tentang grill ni masa beli dulu. Dan satu lagi, kalau perasan, sekarang ni hampir semua rumah baru pemaju akan letakkan sink aluminium macam dekat gambar ni. Dalam rumah ni bukan ada satu, tapi ada dua sink aluminium ni. Kawan rasa hampir semua pemilik rumah akan ganti sink ni, tapi kenapalah pemaju masih letak sink macam ni.

Dapur Baru

Untuk dapur baru ni, kawan bincang dengan isteri tercinta tentang apa yang dia nak. Tentang saiz, pengudaraan, cahaya, perabot, dan macam-macam lagi. Sebab projek ni adalah perkara yang paling besar dalam Project Dua, kami kena bincang dengan teliti. Antara yang Ajan nak pada dapur baru ni ialah saiz tempat masak yang luas, bright and airy feeling, dan ada tempat simpan barang.

Untuk tu, kami sambung dapur kami sampai hujung dan gandakan saiz ke 168 kaki persegi. Belakang tu pula ada stor kecil. Sebab Ajan nakkan dapur yang terang, kawan cadangkan tingkap dan sliding door kat tepi dapur. Ajan suka dengan idea ni. Bagus kan, Ajan suka, kawan pun senang hati. Dapur ni nanti akan dikelilingi 4 pintu dan 2 tingkap. Oh satu lagi, jubin asal tu pun kena buang juga, kawan rasa dinding plaster biasa lagi kemas. Bawah ni plan dapur kami sebelum dan selepas ubahsuai ni.


Idea dah ada, sekarang kawan kena fikir macam mana nak realisasikan idea ni. Langkah seterusnya ialah cari konstruktor. Disebabkan kawan tak tahu kerja-kerja simen ni, jadi itu saja pilihan yang ada. Lepas ni kita cakap pasal cari konstruktor pulak ye.


Comments

Amir renovation said…
Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Popular Posts