Dua hari bercuti, harap pagi ini kita semua dah segar dan bersedia untuk bekerja. Bagi kami cuti dua hari ni kami habiskan masa dengan mengemas dan membasuh rumah. Tapi sebelum tu kawan nak kongsikan dulu gambar pandangan hadapan dan aras bawah rumah kami.
|
'Muka' rumah kami |
Kalau nak bandingkan
lukisan artis dengan rumah sebenar, kawan lagi suka dengan rupa yang sebenar. Bagi kawan, gambar lukisan tersebut menampakkan rumah dengan gaya tropikal manakala rumah yang sebenar nampak lebih kotemporari. Mungkin warna dan tekstur memainkan peranan.
Dari pandangan hadapan, boleh dilihat ruang letak kereta yang hanya muat untuk sebuah kereta saja. Nasib baik kereta kawan dan Ajan kecik molek, kalau besar sikit lagi, cuma separuh kereta saja yang muat.
Macam yang kawan katakan dalam
post sebelum ni,
layout arasbawah rumah ni agak pelik dengan dapur di bahagian depan. Pada gambar di atas, sebelah kiri tu adalah
yard yang bersambung dengan dapur.
|
Plan lantai tingkat bawah |
Yard ni hanya separuh berbumbung. Kawan bercadang untuk menyambung bumbung hingga ke hujung bagi membolehkan kami menjadikan ia bilik
laundry. Dapur dan yard ini disambung dengan bilik kecil, bakal pantri Ajan.
|
Yard dan pantri dari dapur |
Dapur rumah ni agak panjang, tapi tidak berapa lebar. Maka terbantut hajat Ajan nak ada pulau dalam dapur. Yang menariknya, banyak cahaya semulajadi dari tingkap yang agak lebar membuatkan dapur ni nampak lebih besar dari saiz asalnya. Dapur ni berkemasan
tiles di semua empat dinding, kawan tak berapa gemar ciri begini sebab tak membolehkan dinding dicat.
Tiles ni merupakan perkara pertama yang akan kawan tukar bila kami buat ubah suai nanti.
|
Nampak tak lalang yang dah lebih tinggi dari tingkap? |
Rumah ni tiada ruang makan yang tersendiri, ruang makan dan ruang tamu berkongsi di bahagian tengah-tengah rumah yang agak lapang dan luas. Yang menarik, dari ruang ini dapat dilihat kehijauan pandangan luar rumah tanpa sebarang halangan.
|
Where's Kimi? |
Ruang tengah rumah ini akan jadi ruang utama untuk pelbagai aktiviti keluarga kecil kami. Selain dapur, ruang ini ada akses terus ke anjung tepi dan belakang, bilik tidur/stadi, bilik air, stor dan semestinya tangga ke aras atas. Dalam
post seterusnya kawan akan tunjukkan ruang di aras atas termasuk bilik tidur utama.
Kawan dan Ajan ada seribu satu idea untuk aras bawah ini, tak tahu mana satu nak mula dahulu. Kami ada perasaan yang kuat, ruang dapur merupakan ruang pertama yang akan di
make-over. We'll see, jangan hangat-hangat tahi ayam sudah la..
Comments