Tumpang and Mee Goreng

This conversation just took place five minutes ago:

"Mami, nanti kimi dah besar kimi nak belikan mami kereta yang boleh jadi mee goreng", kata kimi.
Kalau kereta tu jadi mee goreng, lepas mami makan kereta tu, mami dah takde la kereta? 
Tak la mami, kereta tu dia jadi pinggan, dekat atas pinggan tu ada mee goreng. Lepas mami habis makan, mami tekan button dekat atas pinggan tu dia jadi kereta balik.
I see. Mahal la macam tu kereta tu?
Tak lah, murah je. Nanti Kimi belikan mami. Bila kimi besar dah kaya nanti, macam-macam kereta kimi belikan mami. 
Amin... Kimi, nanti bila kimi dah besar, macam-macam Mami boleh tumpang. Kimi beli kereta pun Mami boleh tumpang naik.
Tak payah tumpang-tumpang lah Mami, Mami naik je. Memang boleh pun. Kereta Kimi pun Mami punya. 

***************

Itulah hati budak. As pure as the driven snow. 
Semoga Tuhan lindungi hati anak ini daripada kejahatan dan bisikan syaitan. 
Jadikan anak ini anak yang sentiasa mulia hatinya. 

Terima kasih Tuhan for the opportunity to witness this purity. 

Mami,
7.29 pm



Comments

Popular Posts