Wrapping Mama! - Part III
Penggendong Bayi.
Terdapat pelbagai jenis penggendong bayi, yang penting pilih penggendong bayi yang ergonomik, iaitu jenis yang membolehkan bayi digendong knee-to-knee. Yang banyak di pasaraya-pasaraya tu nama dia crotch carrier, atau bila diterjemahkan, dia jadi "penggendong celah kangkang". Dinamakan begitu sebab memang macam tu lah, anak anda digendong dicelah kangkangnya. Posisi ini adalah tidak digalakkan sama sekali kerana ia tidak memberi sokongan yang baik kepada tulang peha anak. Lagipun, sakit oi tergantung dekat "situ". Perbandingan penggendong ergonomik dan penggendong celah kangkang dapat dilihat daripada gambar dibawah:
Nampak tak kaki anak tergantung dalam gambar kiri? Bandingkan dengan gambar kanan, dimana posisi kaki anak disokong knee-to-knee. Picture taken from Merely Mothers |
Saya tulis sedikit mengenai penggendong yang saya pernah gunakan saja ya.
- Woven wrap
- Woven bermaksud tenunan, dan woven wrap adalah penggendong daripada sehelai kain tenun (samada tenunan mesin atau tenunan tangan) yang panjang, dan tersedia dalam pelbagai saiz di antara 2 (2.7m) hingga saiz 8 (5.7m) . Tersedia daripada pelbagai material, cotton, linen, hemp, silk dan boleh juga campuran daripada material-material tersebut.
- Sesuai dipakai daripada peringkat bayi (newborn) sehingga peringkat kanak-kanak, dalam linkungan 15kg (atau selagi terdaya oleh kudrat anda!)
- Antara jenama tempatan yang biasa digunakan adalah Bebe Sachi, Jumpsac dan Daiesu, manakala jenama antarabangsa termasuk Didymos, Kokadi dan Pavo.
- Harga mengikut saiz, jenama dan material, bermula daripada linkungan RM200 dan boleh mencecah ribu-ribu.(selalunya yang ribu-ribu ni tenunan tangan).
- Mengapa guna woven wrap?
- Kain ini dibuat khusus untuk menggendong bayi, tenunannya selamat, tidak mudah tetas, jadi ianya selamat untuk digunakan untuk menggendong bayi.
- Cantik, banyak rekaan. Tak payah tulis panjang-panjang bab cantik, rekaan dia berbagai-bagai, kaum ibu-ibu memang boleh tak tidur malam terpandang-pandang rekaan yang cantik. Macam gilakan handbag lah lebih kurang.
- Penggendong serba boleh, satu helai kain boleh dukung anak macam-macam cara. Depan, belakang, tepi. Hanya perlu tahu cara lilit je. Youtube banyak tutorial. Boleh tengok sini: Babywearing Faith
- Mudah disesuaikan dengan badan pemakai (wearer), terutamanya bagi yang bersaiz kecil macam saya, hanya perlu lilit-lilit dan ikat-ikat saja dan terus dapat perfect fit! Okay bunyinya macam remeh, tapi tidak sebenarnya.
- Ring Sling (RS)
- Ring sling rupa dia macam gendong bibik, tapi pakai dua ring untuk bentukkan dia jadi sling, ia merupakan sejenis "gendongan satu bahu".
- Ada yang guna batik lepas buat ring sling, ada juga yang guna woven wrap convert jadi ring sling. Ikut suka, asalkan material dia cukup kuat untuk tampung anak anda.
- Antara faktor RS digunakan adalah:
- Kemudahan. Sebab kain yang digunakan tak panjang, ia memudahkan RS dibawa di dalam beg kemana-mana. Senang untuk keluarkan dan masukkan anak. Saya selalu guna RS kalau bawa anak pegi hospital check up, kejap nak tunjuk doktor kejap nak angkat. Jadi RS lebih mudah berbanding wrap.
Contoh woven wrap, dari kiri, Bebesachi Icelandic, Kokadi Erna Im Wunderland, Kokadi Hearts dan Pavo Cheetah Noir. Nampak tak bayi-bayi tu sangat aman damai? Nampak tak wrap tu cantik-cantik? :p |
- Soft structured carrier (SSC)
- Rupa dia macam bag. Ada buckles dan strap, macam beg sekolah lah.
- SSC datang dalam beberapa saiz, ada infant, toddler dan preschool, tapi ini bergantung kepada jenama. Ada saiz untuk bayi berumur 4 bulan ke atas dan juga saiz toddler untuk infant yang dah tak muat dalam SSC bersaiz infant. Umur toddler bergantung kepada kepanjangan toddler anda. Kalau dia jenis panjang, lagi cepatlah anda upgrade saiz.
- Tidak digalakkan bagi bayi baru lahir (newborn) sehingga 4 bulan, kerana ia tidak memberi sokongan yang betul kepada tulang belakang bayi. Tulang dia kan lembut.
- Antara jenama tempatan yang biasa digunakan adalah Neezaneedles, Jumpsac, dan Snuggbaby; jenama luar seperti Kinderpack, Tula, Ergo dan Boba. Ada juga yang beli woven wrap dan tempah dengan local maker. Cantik-cantik juga, memang boleh menggoda jiwa.
- Harga SSC adalah pelbagai, daripada RM190 (Boba Air, nipis je), RM400 hingga RM ribu-ribu. Ya. Boleh cecah ribu-ribu juga.
- Antara sebab SSC menjadi pilihan adalah kerana faktor kemudahan, tak payah lilit-lilit. Pasang buckle pinggang, letak anak, pakai shoulder strap, pasang buckle lagi, adjust sana sini sikit-sikit, dah siap.
Inilah ring sling. Picture taken from Bebe Sachi website |
- AMARAN KERAS:
- Jika anda memilih untuk membeli SSC, mohon periksa ketulenan SSC tersebut kerana SSC yang tidak tulen (fake carriers) adalah TIDAK TERJAMIN dari segi keselamatannya. SSC tulen telah menjalani proses pemeriksaan kualiti yang ketat, setiap SSC diperiksa bagi memastikan tiada buckle yang patah dan kualiti jahitannya kukuh.
- Periksa samada penjual anda adalah pengedar jenama yang sah, contohnya, Bloom and Grow adalah pengedar Ergo yang sah, anda boleh periksa senarai stokis Ergo yang sah daripada laman Bloom and Grow disini.
- Sila periksa harga SSC yang tulen, selalunya diantara RM400 ke atas, jadi kalau ada yang jual harga RM90 tu, pandai-pandai lah ya? Walaupun ada penjual yang kata, "Kualiti yang inspired ni hampir sama dengan yang original! Kain dia sedap, takkan dapat rasa bezanya." Tuan-tuan dan puan-puan, kita beli penggendong bukan nak raba-raba kain je, kita beli sebab kita nak gendong anak kita, dan kita nak gendong anak kita dengan selamat. Jangan perjudikan nyawa anak-anak anda!
- Jangan juga percaya bila ada penjual yang kata, "Alhamdulillah, so far tiada apa-apa masalah dengan pembeli saya, tiada yang complain, semuanya kata selesa". Ya, memang selesa. Tapi tidak selamat. Jangan perjudikan nasib anak anda dengan berfikir, "Orang lain pakai takde apa pun". Jangan.
Inilah SSC! Yang ini keluaran JumpsacBaby, gambar juga diambil daripada laman JumpsacBaby |
- Jenis lain-lain
Itu lah serba sedikit mengenai penggendong bayi yang ergonomik dan selamat. Ramai ibu bapa yang suka menggendong anak, kalau tak percaya sila sertai group Malaysian Babywearers di Facebook. Jumpa lah nanti ramai yang sekapal. Harap dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan.
Kalau ada babywearers yang tersinggah sini dan ternampak fakta yang salah, minta tolong tegur ya. Terima kasih.
Disclaimer: Semua tulisan berkaitan babywearing di sini adalah lebih kepada terjemahan dan kompilasi maklumat yang sedia ada di internet, beserta dengan pengetahuan dan pengalaman saya serba sedikit. Saya bukan expert malah bukan babywearing educator. Untuk berkenalan dengan babywearing educator, sila ke laman Malaysian Babywearers atau Gendong 101 di Facebook.
I'm just a mother trying to do my part in helping the society.
Comments